Program Transisi Tahun 1 merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan membantu murid-murid menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dan pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di prasekolah ke pendidikan secara formal di Tahun 1. Adalah diharapkan murid-murid yang datang dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran di sekolah. Objektif Program Transisi: 1. Dapat mengenalpasti potensi dan minat murid dari awal sesi persekolahan dari segi kognitif, kebolehan, kecenderungan dan keupayaan murid dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran. Membimbing murid Tahun 1 berkaitan amalan, budaya adab ketika berada di sekolah 3.
Nov 21, 2015 - LAMPIRAN 1 SURAT NOMOR: 0074 /E5.3/KPM/2015 TANGGAL 14. Sekolah Tinggi. Baru, Indonesia Sehat -Evaluasi Program Bpjs Di RumahSakit Atma. FatmawatiPKM PenelitianSosial HumanioraPengaruh Bahasa Iklan. DiYayasan Ibu Penyayang AnakYatim Desa Cibanteng Bogor2240.
Mengeratkan hubungan dengan para guru supaya proses pembelajaran dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2019: Sesi Pagi - Tahun 4, 5 dan 6. Waktu Tiba Sekolah murid sesi pagi adalah sebelum jam 7.20 pagi. Sesi persekolahan bermula jam 7.30 pagi Isnin, Selasa & Khamis: 7.30 pagi - 1.20 petang Rabu: 7.30 - 8.30 pagi & 1.20 - 2.20 petang (Aktiviti Kokurikulum) Jumaat: 7.30 pagi - 11.50 pagi Waktu Rehat Sesi Pagi: Tahun 4 dan 5: 9.30 pagi - 9.50 pagi Tahun 6: 10.30 pagi - 10.50 pagi Sesi Petang - Tahun 1, 2 dan 3.
Waktu Tiba Sekolah murid sesi petang adalah sebelum jam 1.10 petang. Sesi persekolahan bermula jam 1.20 petang Isnin - Khamis: 1.20 petang - 6.40 petang Jumaat: 2.20 petang - 6.10 petang Waktu Rehat Sesi Petang: Tahun 1 dan 3: 3.20 petang - 3.40 petang Tahun 2: 3.50 petang - 4.10 petang.
Gejala vandalisme dan ponteng sekolah adalah fenomena yang agak kritikal di sekolah-sekolah pada masa kini. Gejala ini dapat ditangani apabila wujudnya sekolah penyayang.
Kerana itu, pihak Kementerian menyarankan agar pihak sekolah menangani masalah ini, terutama ponteng sekolah dengan merealisasikan Sekolah Penyayang supaya para pelajar dapat dibimbing dengan penuh kasih sayang. Apabila wujud suasana kasih sayang dan bimbingan ini, pelajar akan terpikat, terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah. ( Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1995, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, KP8591/Jld.VIII(9) bertarikh 5 September 1995 ). Kerja berpasukan adalah satu budaya yang cukup penting dalam menjayakan Konsep Sekolah Penyayang. Kerja yang besar dan murni ini tidak mampu digerakkan oleh seorang dua sahaja dalam sebuah organisasi sekolah. Kerja berpasukan telah membuktikan kejayaan dalam semua organisasi terutama organisasi korporat. Oleh itu, apa salahnya ia diterjemahkan dalam sebuah organisasi yang bernama sekolah demi membina apa yang dinamakan Sekolah Penyayang.
Kerja berpasukan inilah yang telah menjadikan sekolah penulis memenangi Sekolah Harapan Negara dan Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan Tahun 1998. Misi sekolah mestilah memasukkan unsur-unsur pembinaan Sekolah Penyayang. Setelah itu, para pelajar dikongsikan bersama dengan misi ini melalui ceramah, kuiz, pertandingan bahas, pertandingan poster, pertandingan kebersihan kelas dan menghiasi sudut-sudut kelas, tingkatan maupun sudut- sudut yang terdapat di sekitar sekolah. Pertandingan kelas terbersih terus dikekalkan.
Ada baiknya jika pelajar juga dikongsi bersama dalam menghasilkan misi sekolah untuk menimbulkan perasaan mereka sayang kepada misi sekolah dan sekolah itu sendiri. Satu lagi cara yang boleh membantu ke arah memartabatkan Sekolah Penyayang ialah membanyakkan pujian kepada para pelajar di atas jasa dan kejayaan mereka. Kadangkala cara menepuk bahu pelajar dengan sesuatu kebaikan yang dilakukan akan menimbulkan rasa seronok dan sayang mereka kepada sekolah. Seharusnya mencela dan mengejek mereka di atas kesalahan yang dilakukan patut dielakkan.
Cuba terangkan kesalahan yang dilakukan dan kenapa patut dijauhi. Ini akan menjadikan mereka mengetahui baik dan buruk sesuatu perkara.
Pelajar yang terkedepan bidang akademiknya boleh dipilih untuk menjadi mentor manakala yang kurang akan menjadi manteenya. Mereka diberikan tugasan untuk membimbing rakan-rakan mereka untuk berjaya.
![Guru Guru](/uploads/1/2/5/4/125422863/760894781.jpg)
Semangat berlumba-lumba akan berlaku dan mantee akan menyayangi mentornya yang telah bertungkus lumus mengajar dan membantunya berjaya dalam sesuatu mata pelajaran. Dalam setengah situasi, pelajar lebih mudah menguasai sesuatu kemahiran melalui rakan sebaya berbanding dengan gurunya. Program ini bukan sahaja melibatkan kelas-kelas peperiksaan seperti PMR dan SPM, tetapi juga kelas-kelas lain. Iii) Menggerakkan Badan Pengawas. Badan Pengawas sekolah juga boleh digerakkan untuk merealisasikan Konsep Sekolah Penyayang. Mereka lebih hampir kepada para pelajar.
![Contoh brosur program guru penyayang kpm 2017 Contoh brosur program guru penyayang kpm 2017](/uploads/1/2/5/4/125422863/974038765.jpg)
Pengaruh mereka selaku pengawas dan rakan sebaya amat berkesan jika dapat dimanfaatkan. Kempen dan program yang digerakkan oleh mereka akan dapat melahirkan rasa kasih sayang para pelajar lain kepada sekolah.
Badan pengawas boleh menganjurkan”Kempen Minggu Sayangi Sekolah”, ”Seorang Pelajar Sebuah Pasu”, ”Seorang Pelajar Sepokok Bunga”, ”Kempen Kebersihan Perdana” dan lain-lain. Islah membawa maksud pembaikan. Para pelajar yang kurang sensitif menghayati Konsep Sekolah Penyayang dapat diislahkan dengan menjadikan mereka murid angkat kepada seorang pelajar lain.
Abang atau kawan angkat mereka akan mempastikan dalam tempoh-tempoh masa tertentu, berlaku perubahan kepada akhlak dan perasaan sayang kepada sekolah dapat dijelmakan atau ditingkatkan. Rakan Islah ini akan sentiasa bertemu dan berbincang apa yang sepatutnya dilakukan oleh seorang pelajar kepada sekolahnya.
Perbincangan yang berterusan dan melibatkan mereka dalam aktiviti yang menanamkan kasih sayang akan membentuk pelajar yang dapat menjayakan Konsep Sekolah Penyayang. Ibubapa boleh dilibatkan sepenuhnya dalam merealisasikan Konsep Sekolah Penyayang. Ibubapa boleh dilibatkan dengan menjadikan mereka ibu dan bapa angkat kepada kelas-kelas tertentu.
Mereka akan ditugaskan untuk menerapkan budaya Sekolah Penyayang kepada setiap kelas yang menjadi anak angkat mereka. Ibubapa boleh berkongsi dengan pelajar kelas tersebut bagaimana Sekolah Penyayang boleh dilahirkan melalui penglibatan kelas masing-masing dan membina motto kelas yang bertemakan Sekolah Penyayang. Apabila wujud para pelajar yang penyayang, maka akan lahirkan kelas penyayang dan akhirnya akan membantu melahirkan Sekolah Penyayang. Kempen ”Sayangi Rakan”, ”Sayangi Kelas”, ”Kelas Ceria Kami Gembira” dan lain-lain boleh diadakan dari semasa ke semasa. Pihak swasta boleh dilibatkan dengan program Sekolah Penyayang kerana mereka mempunyai banyak infrastruktur yang boleh dimanfaatkan oleh pihak sekolah. Pihak swasta dan korporat biasanya mempunyai peruntukan kewangan mereka untuk program pendidikan dan kebajikan, di samping kepakaran dalam motivasi dan pengurusan yang semestinya boleh digunakan untuk menjana semangat penyayang di sekolah.
Program motivasi kemahiran belajar, TOT penyayang untuk pengawas sekolah boleh diadakan dengan bantuan pihak swasta dan sumbangan kewangan untuk program Sekolah Penyayang seperti pengindahan sekolah, peningkatan akademik dan pemurnian akhlak. Persatuan Murid Tua atau alumni sekolah boleh digandingkan dengan warga sekolah dalam merancang dan melaksanakan program Sekolah Penyayang. Apabila alumni sekolah boleh digerakkan seaktif mungkin dalam penumpuan kepada Sekolah Penyayang, tenaga warga sekolah yang lain, khususnya para pendidik boleh menumpukan kepada pengajaran dan pembelajaran.
Persatuan Alumni ini juga boleh menaja poster, banting dan banner yang mengandungi perkataan-perkataan yang merangsang rasa kasih dan sayang pelajar kepada sekolah, misalnya, ”Selamat Datang Pelajar Yang Disayangi”, ”Sayangilah Sekolah Anda, Nescaya Allah Menyayangi Anda”, ”Marilah Kita Berkasih Sayang Untuk Kecemerlangan Sekolah”. Jika sekiranya pihak sekolah ingin mengindahkan landskap persekitaran sekolah untuk melahirkan rasa selesa, kondusif dan menanamkan rasa sayang pelajar kepada sekolah dengan persekitaran keindahannya, Majlis Perbandaran dan Jabatan Pertanian boleh memberikan khidmat nasihat mereka. Pihak masjid dan Pejabat Agama Islam Daerah pula boleh menurunkan ilmu dan pengalaman tentang kepentingan Konsep Sekolah Penyayang dalam konteks perkembangan pelajar sebagai hamba dan khalifah Allah di atas muka bumi ini. Organisasi ini boleh dilibatkan dalam menjayakan misi dan visi sekolah. Untuk menangani masalah dadah pula, pihak PEMADAM dan AADK boleh dilibatkan untuk majlis penerangan dan aktiviti-aktiviti yang dapat menjauhi para pelajar dari gejala ini. Salah satu faktor yang membantu perhubungan yang erat antara warga sekolah dan ibubapa atau komuniti ialah apabila kekerapan aktiviti bersama itu dijalankan. Kadangkala program yang tidak formal seperti majlis as-syura, perarakan keputeraan Rasulullah peringkat sekolah dan program-program lain yang melibatkan warga sekolah, para pelajar dan pihak ibubapa akan mewujudkan perasaan kebersamaan dan kasih sayang.
Apabila kebersamaan yang didasarkan atas hormat menghormati dan kasih sayang ini diikat erat, maka mudahlah Konsep Sekolah Penyayang ini dilakukan kerana mendapat sokongan dan dokongan padu dari semua pihak. Pihak Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) atau Rukun Tetangga boleh dilibatkan untuk menjayakan hasrat murni ini.
Sepatutnya warga pendidik dapat berusaha supaya Konsep Sekolah Penyayang ini menjadi milik semua ahli yang berada dalam komuniti tersebut. Semua yang terlibat dengan menjayakan Konsep Sekolah Penyayang ini mengharapkan natijah yang positif hasil daripada pengorbanan mereka. Tidak ada satu kerja yang dilakukan tanpa mengharapkan kesan dan hasil yang baik.
Sekolah Penyayang sudah pasti diharapkan dapat dijelmakan untuk memberikan impak kepada pendidikan di negara kita. Namun begitu, penulis melihat terdapat beberapa perkara yang kecil, jika diabaikan akan menggagalkan proses ini. Antara perkara-perkara berikut ialah:- 5.1 Komited dan Tanggungjawab. Membina hubungan dengan semua individu dan kelompok yang ada di sekeliling kita tanpa mengira fahaman politik, agama dan kenegerian adalah faktor penting dalam menjayakan hasrat murni ini. Hasrat murni ini perlu dikongsikan bersama oleh semua ahli masyarakat. Jika warga sekolah hanya memikirkan sekolah sahaja tanpa terlibat dan bergaul dengan masyarakat, hasrat yang mulia ini akan menjadi angan-angan kosong kerana kurangnya pendokong.
Memahami budaya komuniti dan prihatin dengan apa yang berlaku di dalamnya amat perlu dikuasai oleh warga sekolah. Seronok dengan tugas dan amanah yang diberikan dan melakukannya dengan sebaik mungkin adalah faktor kejayaan sesuatu kerja yang dilakukan.
Ini tidak terkecuali kepada Sekolah Penyayang. Semua yang terlibat dengan Sekolah Penyayang perlu berasa seronok dengan tugas mereka demi mencapai hasrat yang telah disepakati dan didokongi bersama.
Keseronokan itu lebih terasa apabila kita melihat riak-riak kejayaan kepada apa yang kita perjuangkan. Mengharapkan ganjaran pahala dan kebaikan daripada Allah juga menjadikan kita seronok dengan tugas kita.
Walaupun tugas yang kecil dan senang seperti penulis banner, pengerusi majlis, pencatat minit, hanya membawa beberapa biji pasu bunga, membeli beberapa tin cat, namun kita seronok dengannya kerana itulah sumbangan kita dalam menjayakan hasrat murni iaitu membina sebuah sekolah yang diisikan di dalamnya dengan perasaan kasih sayang dan sayang menyayangi antara satu sama lain. Penulis melihat, inilah masanya untuk kita membina pelajar yang cemerlang akademik dan seimbang perkembangannya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, serta mempunyai disiplin diri yang tinggi, berketrampilan, patriotik, tidak bersikap individualistik sebaliknya mempunyai semangat kerjasama berpasukan serta mampu memain peranan dalam masyarakat (Rujukan: Perutusan Tahun Baru 2006, YB Menteri Pelajaran Malaysia) seperti hasrat YB Menteri Pelajaran melalui wasilah pendidikan dan wadah Sekolah Penyayang. 'Sekolah Penyayang' sebenarnya sumber manusia yang berkaitan dengan organisasi sekolah yang merealisaikannya. Justeru itu,kesedaran dan penghayatan terhadap kasih sayang amat penting diterjemahkan dalam apa jua konteks dan tindakan.
Saya yakin, apabila kita memberi kasih sayang kepada murid, guru, staf dan komuniti maka sekolah akan mendapat balasan kasih sayang yang melimpah ruah.Saya sedang, telah dan akan terus mengamalkan pendekatan sekolah penyayang kerana saya telah menikmati impaknya.Tahniah atas tugasan bernas 'kembara sufi'. Saya berpendapat, untuk menangani masalah disiplin dan gejala sosial di kalangan remaja yang berleluasa ini, konsep sekolah penyayang ialah satu cara untuk mendidik anak murid di sekolah, iaitu dengan kasih sayang, keprihatinan, toleransi dan memupuk budaya menyayangi. Saya memohon keizinan tuan untuk memetik beberapa idea-idea penting dari blog ini untuk menyiapkan tugasan ptk saya.
Setinggi penghargaan saya ucapkan, hanya Allah jua yang dapat membalasnya. Saya akan masukkan blog anda dalam senarai bibliografi saya. Terima kasih. Saya dilahirkan di Kg. Losong, Kuala Terengganu pada 2 April 1965.
Mendapat pendidikan di SK Losong, SMK Sultan Ahmad dan SM Ibrahim Fikri. Sewaktu berada di tingkatan enam atas, mendapat tawaran ke Maktab Perguruan Sri Pinang, Pulau Pinang.
Sewaktu di maktab (1984-1986), bakat pidato mula diasuh. Awal tahun 1987, ditawar sebagai guru di SK (LKTP) Bukit Kuantan. Di sinilah mula mendapat pendedahan mengajar, berkhutbah dan menyampaikan kuliah di masjid dan surau. 1 Jul 1999, ditawarkan Tauliah Takmir Masjid dan Surau Pahang oleh pihak JAKIM hingga sekarang. Pada 2001 memperolehi Bac. Pendidikan (PBMP) dari UPM. Awal 2002, mula mengajar di SMK Bukit Goh hingga sekarang.Memberi khidmat masyarakat dalam bidang kuliah ilmu dan motivasi di masjid, surau, sekolah, kilang dan pejabat-pejabat sekitar Kuantan, Temerloh,Pekan dan Terengganu.
Tel: 0 Emel: [email protected]. Hari: Isnin Minggu Pertama (Bulanan).
Masa: Selepas Maghrib. Tempat: Surau Taman Sg Isap Fasa 3, Kuantan. Kitab: Tahzib Attraf Al Hadith.